• Definisi Tanah NCR Hak Semua Kaum

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+
    Kerajaan Negeri Sarawak akan mewujudkan 'Task Force' berkenaan Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) sebagai platform mencari definisi yang terbaik untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan tuntutan tanah oleh kaum bumiputera di negeri ini.

    Satu penyelesaian yang diterima oleh semua kaum Bumiputera yang akan menjamin pemilikan hak tanah dan bersifati adil untuk semua Bumiputera.

    Ia bukan semudah yang disangka kerana untuk merealisasikan segalanya tercapai, Bumiputera seharusnya mengguna medium yang disediakan oleh kerajaan untuk membincangkan segala yang berkaitan dengan tertib dan berhemah tanpa perlu provokasi.

    Semasa persidangan haruslah membahas perkara yang berbeza pendapat tanpa menghebah diluar daripada medium yang disediakan. Persepsi akan berbangkit di kalangan orang luar terutama pihak pembangkang yang sentiasa menanti isu untuk menyerang kerajaan.

    Oleh sebab itu kerajaan menyediakan platform seperti persidangan untuk mencari definisi terbaik untuk penyelesaian dan jika sudah sepakat dan sefahaman, kerajaan akan meminda kanun tanah supaya NCR (PMPG) termaktub dalam undang-undang.

    Inilah sebenarnya tindakan kerajaan agar hak NCR untuk semua kaum akan terjamin pada masa hadapan dan generasi akan datang bijak mengurus tanah yang telah menjadi hak.

    Subjects:

  • No Comment to " Definisi Tanah NCR Hak Semua Kaum "