• Dasar Kerajaan BN Diyakini Pelabur Luar

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berusaha melaksanakan dasar yang memberi kepentingan kepada pembangunan negara. Dengan dasar terbuka kepada pelabur menjadikan Malaysia berada dilandasan semakin kukuh yang membawa ke arah masa depan yang diimpikan rakyat.

    Peluang pekerjaan semakin bertambah dan pengangguran semakin berkurangan serta ekonomi rakyat meningkat. Pada masa sama kadar inflasi akan kekal berada ditahap paling rendah daripada negara lain di dunia.

    Pada hari ini banyak pelabur dari luar memilih Malaysia sebagai tapak pelaburan untuk pasaran ASEAN. Negara luar seperti China, Arab Saudi, India, Perancis, Korea Selatan dan sebagainya berminat melabur di Malaysia kerana dasar-dasar yang begitu diyakini.

    Ia bukan hanya tertumpu kepada Kuala Lumpur sahaja, seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak turut dijadikan tapak pelaburan para pelabur yang melabur dalam pelbagai bidang seperti industri berat, pertanian, pelancongan dan sebagainya.

    Komitmen kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap perkembangan ekonomi begitu menyerlah dan ia dilihat paling berjaya sejak kebelakangan ini.

    Antara kejayaan yang terbukti ialah pelaburan dalam sektor perkhidmatan. Ia merupakan pemacu utama ekonomi negara. Sektor tersebut kini menyumbang sebanyak 54.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan jumlah nilai jualan sebanyak RM1.5 trilion pada 2017.

    Sektor ini juga menyediakan 3.6 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada pekerjaan berpendapatan tinggi dalam industri-industri seperti aeroangkasa, eDagang, ICT, penjagaan kesihatan, R&D dan perkhidmatan profesional.

    Jumlah pelaburan yang telah direalisasikan dalam sektor perkhidmatan pada tahun 2016 adalah sebanyak RM188.5 bilion yang telah mewujudkan sebanyak 87,027 peluang pekerjaan baharu dalam sektor-sektor seperti perdagangan borong dan runcit, makanan, ICT, professional dan hartanah.

    Daripada jumlah pelaburan ini, sebanyak RM11.3 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI).

    Antara pelaburan berimpak tinggi dalam sektor perkhidmatan di Malaysia yang telah berjaya direalisasikan oleh MITI dan agensi-agensinya seperti MIDA termasuk Pusat Pengedaran Serantau IKEA yang akan beroperasi pada awal 2020, Hab Prinsipal OSRAM, Pusat Pengedaran Komponen Serantau BMW, Gudang Pengedaran Global Broadcom dan Ibu Pejabat Serantau ASEAN Honeywell.

    Sejumlah 73 syarikat multinasional global telah menubuhkan hab serantau mereka di Kuala Lumpur yang mana sejumlah RM4.56 billion pelaburan telah direalisasikan dan sebanyak 5,831 pekerjaan serantau bernilai tinggi telah diwujudkan.

    Sebanyak RM69.2 bilion dengan 3,386 projek yang akan menjana hampir 58,000 peluang pekerjaan baharu. Daripada jumlah ini, sebanyak RM13 bilion adalah FDI.

    Ini membuktikan kerajaan BN terus memacu ekonomi negara ke tahap paling maksimum dan impaknya akan terus memberi manfaat kepada rakyat kerana dasar-dasar yang dilaksanakan begitu diyakini oleh pelabur dari luar.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Dasar Kerajaan BN Diyakini Pelabur Luar "