• Darurat di Maldives: Bekas Presiden, Dua Hakim Ditangkap

    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+

    MALE: Pemimpin pembangkang Maldives dan dua hakim Mahkamah Agung ditangkap pada awal Selasa, beberapa jam setelah pemerintah mengisytiharkan darurat selama 15 hari.

    Ia berikutan ketegangan dan kekacauan yang semakin meningkat sejak mahkamah mengarahkan beberapa ahli politik yang dipenjara dibebaskan.

    Tuduhan dibuat terhadap pemimpin pembangkang Maumoon Abdul Gayoom termasuk rasuah dan cubaan menggulingkan kerajaan.

    Gayoom memegang tampuk pemerintahan dari tahun 1978 hingga 2008 ketika Maldives menjadi sebuah negara demokrasi.

    Pengisytiharan darurat 15 hari yang dikeluarkan pada Isnin memberikan kuasa kerajaan untuk membuat tangkapan, mencari dan merampas harta dan menghalang kebebasan berhimpun.

    Tidak lama selepas pengumuman dibuat, pasukan keselamatan menyerbu bangunan Mahkamah Agung, di mana Ketua Hakim Abdulla Saeed dan hakim Ali Hamid ditangkap.

    Dalam surat kepada mahkamah yang dikeluarkan oleh pejabat presiden, Abdulla Yameen berkata perintah mahkamah untuk melepaskan tahanan merupakan salah guna kuasa dan "pelanggaran undang-undang terhadap keselamatan negara dan kepentingan awam".

    Beliau menggesa mahkamah untuk mengkaji semula kewajaran tindakan ini.

    Selain memerintahkan pembebasan tahanan politik, mahkamah juga mengembalikan semula jawatan 12 Ahli Parlimen yang telah digulingkan setelah menukar kesetiaan kepada pembangkang.

    Apabila penggubal undang-undang itu kembali, Parti Progresif di bawah pimpinan Yameen akan kehilangan kuasa majoriti dalam Parlimen yang boleh menyebabkan badan legislatif ini bertindak sebagai saingan kepada presiden.

    Yameen sepatutnya dilantik semula tanpa dicabar, dengan semua lawannya sama ada dipenjara atau dibuang negara. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Darurat di Maldives: Bekas Presiden, Dua Hakim Ditangkap "