• DAP Intai Peluang Menang Di Serian

    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+

    Kerusi Parlimen Serian kini menjadi salah satu sasaran Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk cuba merampas kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, DAP telah menggerakkan jenteranya di kawasan tersebut sebagai langkah pertama untuk meraih undi penduduk setempat.

    Ketua Cawangan DAP Serian Edward Andrew Luwak berkata, agak sukar untuk menyingkirkan BN di Serian dan mendakwa pengundi masih mudah menjadi mangsa politik wang.

    Walaubagaimanapun, beliau menggesa ahli pasukannya berujuang untuk perubahan parlimen Serian.

    Pada PRU13 yang lalu, Edward telah kalah kepada BN menerusi Dato Sri Richard Riot (BN-SUPP) dengan 13,151 majoriti undi dalam pertarungan tiga penjuru.

    Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen berkata pembangkang perlu menyakinkan rakyat bahawa kerajaan perlu ditukar demi masa depan ekonomi yang cerah.

    Beliau mendakwa kesusahan yang dihadapi oleh rakyat yang berpunca daripada kos sara hidup yang tinggi, pemotongan subsidi, genangan pendapatan, pengangguran yang tinggi, harga komoditi yang rendah, dan pengenaan cukai yang tidak perlu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) semuanya disebabkan pentadbiran yang lemah. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " DAP Intai Peluang Menang Di Serian "