• Dakwaan Video seks: Lee Chong Wei Sudah Buat Laporan Polis

    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR : Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan telah membuat laporan polis berkenaan dakwaan penglibatan beliau dalam sebuah video seks yang melibatkan dirinya.

    “Saya sudah membuat laporan polis hari ini berikutan dakwaan yang membabitkan saya dalam satu video seks baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

    Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama cawangan balai polis tersebut.

    Tambah Lee Chong Wei, perkara sebegitu tidak dapat dikawal dan beliau berharap pihak polis akan membuat siasatan lanjut bagi membanteras perkara ini daripada terjadi lagi.

    Terdahulu, Datuk Lee Chong Wei telah menafikan penglibatan beliau dalam sebuah video seks berdurasi 11 minit yang didakwa melibatkan dirinya.

    Chong Wei, 35 tahun, mendakwa telah menerima klip video berkenaan dari pelbagai pihak selepas video itu tular di media sosial. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Dakwaan Video seks: Lee Chong Wei Sudah Buat Laporan Polis "