• Dakwaan Malaysia Negara Bangkrap Satu Penipuan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin menolak beberapa tohmahan yang mendakwa Malaysia sebuah negara yang bankrap.

    Menurutnya, ia mengambil kira beberapa kejayaan yang dicipta Malaysia termasuklah The World Economic Forum yang meletakkan negara ke-13 terbaik di dunia dan terbaik di Asia kerana pertumbuhan ekonomi luar jangka.

    “Malah ekonomi Malaysia dilaporkan mencatat pertumbuhan 5.9 peratus pada tahun 2017, melepasi unjuran yang dibuat kebanyakan penganalisis termasuk Bank Dunia dan lebih tinggi berbanding pada 2016 dan 2015.

    “Ini merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan dan membuktikan negara ini diuruskan dengan baik dan berada pada landasan ekonomi yang berjaya.

    “Dakwaan-dakwaan kononnya Malaysia sebuah negara bankrap atau perlu diselamatkan adalah satu penipuan untuk menghasut rakyat semata-mata,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 kementerianya di Putrajaya, Selasa.

    Dalam majlis itu, seramai 277 warga kerja KPDNKK terpilih menerima anugerah terbabit,

    Dalam pada itu, Hamzah meminta pegawai-pegawainya memainkan peranan bagi menangkis persepsi negatif di kalangan orang awam.

    “Semua pegawai perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyampaikan kedudukan yang sebenar kepada rakyat.

    “Saya berharap agar kita sama-sama menyokong kerajaan sedia ada demi kemaslahatan rakyat serta negara keseluruhannya,” jelasnya.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Dakwaan Malaysia Negara Bangkrap Satu Penipuan "