• Dagangan Kripto Di Korea Selatan Dianggarkan AS$600j (RM2.34b)

    Published: Thursday, 1 February 2018
    A- A+

    SOEUL: Korea Selatan tidak melindungi aktiviti dagangan tukaran mata wang kripto yang dianggarkan bernilai hampir AS$600 juta (RM2.34 bilion) di negara itu.

    Jabatan Kastam negara itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengesan terdapat kira-kira 637.5 bilion won (AS$596.02 juta) jenayah tukaran mata wang asing dijalankan.

    "Pihak kami sudah meneliti dagangan tukaran mata wang asing dilakukan secara haram menerusi penggunaan mata wang kripto," katanya.

    Menurut agensi penguat kuasa itu, dagangan mata wang asing secara haram membabitkan nilai 472.3 bilion dan sebahagian besar daripadanya ialah jenayah mata wang kripto.

    Namun sumber itu tidak memberi butiran jelas mengenai tindakan pihak berkuasa ke atas pelanggaran peraturan terbabit.

    Korea Selatan mengambil pendekatan serius dalam usaha mengawal dan menangani dagangan mata wang kripto dalam kalangan rakyat tempatan termasuk pelajar dan suri rumah.

    Berkuat kuasa 30 Januari, pihak berkuasa hanya akan membenarkan akaun bank menggunakan nama sebenar untuk digunakan bagi dagangan membabitkan mata wang digital itu.

    Ia sebagai usaha mengelak berlaku penggubahan wang haram dan jenayah lain.

    Pihak berkuasa itu juga akan terus memantau sebarang aktiviti pelanggaran peraturan pertukaran wang asing dan juga penggubahan wang haram.

    Seoul juga sebelum ini berkata, sedang mempertimbangkan untuk menutup tukaran mata wang kripto tempatan, yang menimbulkan kegawatan dalam pasaran.

    Menurut sumber jabatan penguat kuasa itu lagi, larangan penutupan itu antara salah satu langkah yang sedang dipertimbangkan tetapi belum ada sebarang keputusan muktamad dilakukan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Dagangan Kripto Di Korea Selatan Dianggarkan AS$600j (RM2.34b) "