• Cukuplah Trump, Siapa Lagi Nak Mati Selepas Ini?

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 20 February 2018
    A- A+


    FLORIDA: Puluhan remaja berbaring di hadapan laluan masuk ke White House bagi menuntut Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump segera melaksanakan kawalan pemilikan senjata api susulan serangan yang meragut 17 nyawa pelajar sekolah di Florida.

    Bukan hanya pelajar, tunjuk perasaan aman itu turut disertai ibu bapa dan golongan pendidik.

    Mereka bertindak menyilangkan tangan pada dada masing-masing. Dua lagi menyelimuti tubuh dengan bendera AS sementara seorang lagi membawa kad bertulis “Adakah saya selepas ini?”

    Suspek Nikolas Cruz, 19 tahun, bekas pelajar di Marjory Stoneman Douglas High School ditahan tanpa dibenar ikat jamin di penjara Broward County. Dia didakwa atas 17 tuduhan bunuh. - Agensi/AStroAwani

    Subjects:

  • No Comment to " Cukuplah Trump, Siapa Lagi Nak Mati Selepas Ini? "