• Chong Pegang 2 Jawatan, Bagaimana Nak Fokus Bantu Rakyat

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Bertugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen bukan tugas mudah selain menyebabkan seseorang wakil rakyat hilang fokus terhadap tugas kepada rakyat.

    Dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat, Barisan Nasional (BN) di Sarawak tidak mengamalkan perkara itu yang mana seorang wakil rakyat memegang jawatan peringkat negeri dan parlimen.

    Malah netizen juga beranggapan adalah lebih baik seorang wakil rakyat hanya memegang satu jawatan sahaja untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

    Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan calon yang diturunkan di Sarawak bukan di kalangan mereka yang memegang jawatan sebagai ADUN.

    Berdasarkan kenyataan Abang Jo itu, jelas menunjukkan BN Sarawak tidak mahu menyimpan wakil rakyat tamak kuasa sebaliknya keutamaan adalah memberi perkhidmatan kepada rakyat.

    Bagaimanapun, perkara sama tidak berlaku dalam kem Pakatan Harapan (PH) Sarawak apabila Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen memegang dua jawatan melibatkan ADUN Kota Sentosa dan Ahli Parlimen Bandar Kuching.

    Ia jelas menunjukkan Chong tidak percaya dengan kemampuan anak muda DAP sekaligus menyebabkannya tidak fokus kepada 'bekerja' untuk rakyat.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Chong Pegang 2 Jawatan, Bagaimana Nak Fokus Bantu Rakyat "