• China Uji Pertahanan Peluru Berpandu

    Published: Tuesday, 6 February 2018
    A- A+
    BEIJING: China hari ini memaklumkan ia berjaya menjalankan ujian sistem pertahanan peluru berpandu darat, ketika ketegangan di semenanjung Korea kian meningkat.

    Kebimbangan berhubung konflik dengan Korea Utara kian meningkat susulan beberapa insiden pertikaman lidah agresif di antara Washington dan Pyongyang.

    Ujian sistem peluru berpandu jarak sederhana semalam berjaya mencapai matlamatnya, kata kenyataan ringkas Kementerian Pertahanan China.

    "Ini adalah ujian pertahanan dan ia tidak menyasarkan mana-mana negara," katanya.

    Amerika Syarikat memasang sistem pertahanan peluru berpandu atau THAAD di Korea Utara sebagai perlindungan terhadap ancaman Korea Utara walaupun ditentang Beijing yang menganggap sistem itu mengancam keselamatannya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " China Uji Pertahanan Peluru Berpandu "