• CCTV Rakam Pelajar Ambil Telefon Guru

    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+
    NIBONG TEBAL: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah yang diperoleh polis menunjukkan pelajar tingkatan dua yang membunuh diri tempoh hari, mencuri telefon bimbit gurunya.

    Namun sumber polis yang mengesahkan maklumat itu enggan mengulas lanjut kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan. Sebaliknya, dia meminta semua pihak menunggu proses inkues yang akan dijalankan.

    Difahamkan, guru berkenaan sebelum ini sudah mengetahui perkara itu selepas melihat rakaman CCTV sekolah dan bertanyakan kepada pelajar berkenaan yang enggan mengakuinya.

    Polis juga sebelum ini sudah menyiapkan tiga kertas siasatan berhubung kes itu dan menyerahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

    Bagaimanapun, kertas siasatan terbabit dipulangkan kepada polis untuk ditambah keterangan beberapa saksi.

    Pelajar perempuan sekolah menengah dekat Nibong Tebal itu kemudian dipanggil empat guru yang bertanyakan perbuatannya mengambil iPhone milik seorang daripada guru berkenaan.

    Pelajar terbabit tidak mengaku tuduhan itu dan bertindak menggantung diri ketika berada di rumahnya pada 24 Januari lalu, sebelum meninggal dunia ketika dirawat di hospital pada 1 Februari. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " CCTV Rakam Pelajar Ambil Telefon Guru "