• Capaian Internet Di Seluruh Negara Melebihi 90 Peratus Pada 2020

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kerajaan komited dalam memastikan capaian Internet di seluruh negara mencapai lebih 90 peratus menjelang 2020, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

    Jailani berkata kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan capaian Internet bukan sahaja meliputi kawasan bandar, malah turut difokuskan kepada kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.

    "Kita lihat pada 2010, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) melancarkan pelan jalur lebar kebangsaan, sasaran kita pada ketika itu ialah mencapai kadar jalur lebar isi rumah 50 peratus sahaja...tetapi kini kadar penembusan jalur lebar isi rumah telah menjangkau 84.5 peratus di seluruh negara. Jadi di setiap negeri, dari segi kadar statiknya kebanyakannya melebihi 50 peratus.

    "Program sedia ada akan kami teruskan melalui peruntukan kerajaan tetapi pada masa sama di bawah komersial atau pihak pemberi perkhidmatan, mereka harus memperluaskan rangkaian atau capaian Internet kerana hasrat pihak kerajaan adalah untuk merapatkan jurang digital," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program Nine11 terbitan Bernama News Channel, hari ini.

    Dalam Bajet 2018, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan untuk membangunkan infrastruktur komunikasi dan kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Capaian Internet Di Seluruh Negara Melebihi 90 Peratus Pada 2020 "