• Capai A+ Dalam PRU14, Putrajaya Akan Bantu Sarawak Realisasikan LRT

    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sekiranya Sarawak mampu memberi percapaian terbaik dalam pilihanraya umum (PRU14) akan datang, kerajaan persekutuan akan membantu Sarawak merealisasikan projek besar iaitu Aliran Transit Ringan (LRT).

    Memetik laporan The Borneo Post, Najib berkata beliau percaya Sarawak menyampaikan hasil A+ berdasarkan pencapaiannya dalam pilihan raya negeri yang lalu.

    "Kita boleh beri bantuan tetapi Sarawak haruslah beri pencapaian terbaik terlebih dahulu dalam plihanraya akan datang,"

    "Jika Sarawak bercita-cita untuk mempunyai LRT, apa salahnya?" katanya.

    Memetik kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini, beliau berkata Sarawak perlu membina LRT kerana kita perlu membuka kawasan baru dengan sistem pengangkutan awam yang baik untuk rakyat. - Sarawakiana

  • No Comment to " Capai A+ Dalam PRU14, Putrajaya Akan Bantu Sarawak Realisasikan LRT "