• Calon BN Perlu Ada Hubungan Baik Dengan Masyarakat

    Published: Friday, 2 February 2018
    A- A+

    Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Seri Dr Stephen Rundi Utom menegaskan bahawa antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan sesebuah parti adalah sokongan yang padu dari akar umbi.

    Memetik laporan The Borneo Post, Rundi berkata, calon perlu ada hubungan yang baik dengan masyarakat setempat termasuk pemimpin masyarakat, prestasi yang bersih tanpa kontroversi dan pendekatan yang baik dalam berkhidmat untuk rakyat.

    "Calon boleh menang adalah adalah sangat penting dalam pemilihan calon terutama jika beliau telah mendapat sokongan akar umbi yang kuat," katanya.

    Rundi turut mengakui sekiranya faktor sokongan tidak diambil kira sudah pasti ia akan menjadi pertempuran yang sukar bagi BN untuk menang. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Calon BN Perlu Ada Hubungan Baik Dengan Masyarakat "