• Bunuh kejam:35 ahli Geng 360 ditahan

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 10 February 2018
    A- A+
    foto Utusan
    JOHOR BAHRU 10 Feb. - Polis menahan 35 ahli Geng 360 yang turut dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini pada 17 Disember lalu.

    Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kesemua mereka berusia 20 hingga 69 tahun itu ditahan secara berperingkat-perngkat di seluruh negara sejak kejadian dalam operasi khas yang dijalankan dengan bantuan Bukit Aman.

    “Geng 360 ini merupakan pertubuhan haram yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu dan terlibat dalam kegiatan jenayah terancang seperti kekerasan, dadah dan penyeludupan.

    “Susulan penahan kesemua suspek, kita turut merampas harta antara kereta mewah, wang tunai, hartanah dan jam tangan berjenama keseluruhannya bernilai lebih RM6.5 juta,” katanya di sini hari ini.

    Ditanya sejauh mana pembabitan geng tersebut dengan pembunuhan mangsa, Tan Aik Chai, Mohd. Khalil Kader menjawab, ‘sangat rapat’.

    Ujarnya, pihaknya kini masih memburu saki baki ahli geng tersebut yang telah dikenal pasti identitinya.

    Dalam kejadian yang berlaku pada 17 Disember tahun lalu, mangsa ditikam dan dilanggar oleh sebuah kereta mewah BMW berwarna putih di stesen minyak berkenaan.

    Kejadian pembunuhan kejam itu turut dirakam oleh pelanggan stesen minyak itu dan tular dalam laman sosial. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh kejam:35 ahli Geng 360 ditahan "