• Bulan Dapat Rangkaian 4G Pertama 2019

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    BARCELONA: Bulan akan mendapat rangkaian telefon bimbit pertama tahun depan, membolehkan penstriman definisi tinggi dari persekitarannya dipantulkan ke bumi, sebahagian projek menyokong misi pertama ke bulan dibiayai swasta.

    Vodafone Jerman, pembuat peralatan rangkaian Nokia dan pengeluar kenderaan Audi berkata semalam, mereka bersama-sama menyokong misi itu, 50 tahun selepas angkasawan pertama NASA (Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan AS) berjalan di bulan.

    Vodafone berkata, ia melantik Nokia sebagai rakan kongsi teknologi untuk membangunkan rangkaian bergred angkasa lepas, iaitu kepingan kecil perkakasan dengan berat kurang daripada sekampit gula.

    Vodafone berkata, pihaknya bekerja sama dengan syarikat berpusat di Berlin, PTScientists dalam projek itu, dengan pelancaran dijadual pada 2019 dari Cape Canaveral menggunakan roket Falcon 9 SpaceX.

    "Projek ini membabitkan pendekatan inovatif radikal terhadap pembangunan infrastruktur rangkaian mudah alih," kata Ketua Eksekutif Vodafone Jerman, Hannes Ametsreiter.

    Seorang eksekutif berkata, keputusan membangunkan rangkaian 4G berbanding rangkaian lebih canggih 5G diambil kerana rangkaian generasi berikutnya masih dalam peringkat ujian dan percubaan, serta tidak cukup stabil untuk menjamin ia berfungsi dari permukaan bulan. -Reuters/BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Bulan Dapat Rangkaian 4G Pertama 2019 "