• Budak Lelaki Terperangkap Dalam Mesin Mainan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    FLORIDA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang budak lelaki terpaksa diselamatkan selepas dia terperangkap dalam mesin permainan di Titusville, baru-baru ini.

    Kejadian berlaku di sebuah restoran ketika ibu-bapa budak lelaki tersebut leka menikmati hidangan makan malam.

    Budak lelaki bernama Mason itu bernasib baik kerana salah seorang pelanggan di restoran tersebut adalah anggota bomba.

    Pegawai Jeremy House bertindak menghubungi rakan sekerjanya di balai bomba berhampiran dan mereka hanya memerlukan masa kurang lima minit bagi mengeluarkan budak lelaki tersebut.

    “Nampaknya dia berjaya masuk, tapi gagal cari jalan keluar.

    “Apa yang penting, budak lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

    “Cuma dia malu besar kerana kejadian disaksikan orang ramai,” kata ketua batalion bomba, Gregory Sutton.

    Ekoran insiden itu, pihak restoran terpaksa menggantung sementara operasi mesin mainan berkenaan sehingga siasatan selesai. – AP

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Lelaki Terperangkap Dalam Mesin Mainan "