• Britain Sedia Sertai AS Serang Syria

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+
    LONDON: Britain bersedia menyertai Amerika Syarikat (AS) menyerang Syria jika terbukti senjata kimia digunakan terhadap orang awam.

    Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson dalam satu temu bual dengan radio BBC dipetik berkata, beliau berharap Britain dan negara Barat lain tidak hanya berdiam diri dalam isu serangan senjata kimia.

    Ketika sama beliau menyuarakan sokongan jika ada bukti sahih yang mengaitkan pembabitan rejim Syria.

    "Sekiranya tahu ia berlaku, tunjukkan, dan jika ada cadangan untuk tindakan dengan Britain boleh menjadi berguna, kita boleh pertimbangkan secara serius," kata Johnson kepada radio BBC.

    Sejak minggu lalu, banyak pihak mendakwa rejim Syria dan sekutunya yang menggempur Ghouta berhampiran Damsyik, menggunakan senjata kimia.

    Johnson berkata, beliau menyokong keputusan AS melancarkan peluru berpandu terhadap kerajaan Syria selepas hampir 100 orang, termasuk kanak-kanak mati akibat serangan gas beracun sejak beberapa tahun lalu, termasuk di Ghouta. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Britain Sedia Sertai AS Serang Syria "