• Bomba Selamatkan Mangsa Banjir Terperangkap Di Rh. Jimbun

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    SIBU: Pasukan Bomba mengambil masa lebih satu jam perjalanan menggunakan bot untuk sampai ke lokasi mangsa banjir yang terperangkap di Rumah Jimbun, Stapang dekat sini hari ini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menggunakan dua buah bot melalui sungai Batang Oya sebelum melalui anak sungai untuk sampai ke Rumah Jimbun.

    Katanya, pasukan penyelamat telah bergerak ke lokasi tersebut pada jam 11.00 pagi dan mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi tersebut kira-kira jam 2.00 petang.

    “Mangsa yang terperangkap dalam banjir terdiri dari 17 mangsa termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi perempuan,” katanya.

    Menurutnya, ketika ini mangsa telah berjaya dibawa keluar dan sedang dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir SJKC Tong Ah, Stapang. – Sarawakiana
  • No Comment to " Bomba Selamatkan Mangsa Banjir Terperangkap Di Rh. Jimbun "