• BN Sudah Tunai 97.6 Peratus Janji Manfesto

    Reporter: M. H. W.
    Published: Sunday, 25 February 2018
    A- A+

    PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya menunaikan 97.6 peratus janji-janji yang dibuat dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu.

    Kata Najib, ia membuktikan bahawa BN yang mentadbir negara sentiasa menepati janji yang dibuatnya.

    “Kerajaan BN kalau kita berjanji kita tepati. Malah saya tugaskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pemantau janji kita,” katanya ketika berucap melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

    Kadar bantuan BR1M yang dinaikkan sehingga RM1,200 membuktikan BN menepati janji yang dibuatnya dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa BN tidak akan sesekali berjanji jika tidak mampu menunaikannya.

    “Saya ini bukan jenis janji perkara tidak boleh tunaikan, saya tidak akan buat kenyataan yang pihak kita akan kaji semula kaji macam orang itu yang kata hendak kaji semula 60 peratus daripada janji dalam manifesto,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " BN Sudah Tunai 97.6 Peratus Janji Manfesto "