• BN Sabah Perlu Yakin Menang PRU-14

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    KOTA KINABALU - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah perlu menerapkan sikap dan ‘pemikiran ingin menang’ dalam meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

    Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, pemikiran dan hasrat itu wajar disematkan dalam diri ahli BN bagi memastikan parti berkenaan berupaya dan bersedia menghadapi pembangkang dalam PRU-14 kelak.

    “Sehubungan itu, ahli BN negeri perlu bersatu dan menyasarkan kemenangan parti secara holistik termasuk jangan ambil ringan masalah yang sedang dihadapi pihak pembangkang.

    “Sekiranya kita bekerja kuat dan menjalinkan hubungan erat dalam kalangan parti tidak mustahil kita akan memperoleh kemenangan memandangkan BN mempunyai dasar-dasar yang diperlukan rakyat,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Tatap BN Pemukiman Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusn Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengenai Jentera PRU-14.

    Turut hadir ialah Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Timbalannya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau dan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup. - Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " BN Sabah Perlu Yakin Menang PRU-14 "