• BN Persiap Aktivis Media Sosial Hadapi PRU14

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Tanggal 24 Februari lepas, satu perhimpunan aktivis media sosial berlangsung di Dewan Tun Razak Kuala Lumpur. Perhimpunan tersebut menghimpunkan aktivis media sosial Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir dalam perhimpunan tersebut bagi pemberi perangsang kepada aktivis media sosial untuk memperhebatkan lagi perjuangan membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14)

    Dalam ucapannya, Najib berkata, pengamal aktivis media sosial sebagai panglima utama BN, bersemangat luar biasa dan sanggup untuk bertempur habis-habisan bagi memastikan BN kembali berkuasa selepas PRU14 nanti.

    Najib turut menasihati agar aktivis media sosial melakukan tugas dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Jika berjawab, berjawab lebih tajam lagi dan jika sudah menyerang maka serangan tersebut lebih berbisa lagi sehingga musuh BN tersungkur dan tidak bermaya.

    Penasihat Aktivis Media Sosial Datuk Akmar Hisham pula berkata, aktivis media sosial berhadapan dengan persimpangan dalam perjuangan.

    "Untuk berjaya pada kali ini, umum mengetahui media sosial begitu penting untuk kejayaan BN dalam pilihanraya kali ini.

    "Perhimpunan ini adalah yang terakhir bagi pertemuan sebesar ini dan ini amanat terakhir sebelum turun medan pertempuran PRU14," katanya.

    Tegas Akmar, kumpulan yang berhimpun adalah barisan dan tonggak utama yang akan bertempur pada PRU14 nanti.

    Memang tepat kenyataan Akmar memandang aktivis media sosial sudah biasa dengan fitnah, kecaman dan sebagainya daripada pihak pembangkang selama ini.

    Kewujudan aktivis media sosial amat bertepatan kerana selama ini pembangkang memang gemar menggunakan strategi memfitnah dan menghasut selama ini dan peranan aktivis media sosial amat berguna untuk menerangkan kepada rakyat tentang kesahihan sebenar isu yang sering diputar belit pembangkang.

    Hakikatnya perjuangan aktivis media sosial lebih kepada pendekatan mendedah fakta untuk membidas fitnah dan hasutan pembangkang yang jauh menyimpang daripada norma-norma politik sihat.

    Untuk PRU14 kali ini, BN cukup bersiap sedia dari segala sudut termasuk memantapkan lagi gerakan aktivis media sosial BN yang memperjuangkan dasar berfaedah daripada kerajaan BN kepada rakyat.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " BN Persiap Aktivis Media Sosial Hadapi PRU14 "