• BN Dijangka Menang Mudah Di Sabah Dan Sarawak?

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) diramal akan menang mudah di Sabah dan Sarawak dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pakar berpendapat.

    Ini berdasarkan rekod cemerlang yang dipegang gabungan itu sejak beberapa penggal lalu, kata Timbalan Dekan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Arnold Puyok.

    "Jika melihat kepada kajian sebelum ini di Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih disukai berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan sikap prihatin beliau (Najib) terhadap isu yang melibatkan Sabah dan Sarawak.

    "Tambahan pula Dr Mahathir dilihat sebagai figura yang memiliki sifat kepimpinan autoritarian," jelasnya semasa ditemui pemberita di persidangan meja bulat yang bertajuk "Sabah dan Sarawak dalam PRU14: Antara Politik Pembangunan dan Perubahan Politik" di ibu negara hari ini.

    Arnold turut berpendapat BN masih berpotensi untuk mengekalkan kuasa di Sabah di sebalik kewujudan pelbagai entiti gabungan pembangkang yang baharu.

    Sementara itu, dalam sesi yang sama, pensyarah sains politik dari Universiti Putra Malaysia, Prof Jayum Jawan turut menjangkakan hal yang sama di Sarawak.

    Katanya, penduduk Sarawak masih memberi sokongan kepada kepimpinan Najib yang dilihat lebih mementingkan isu-isu rakyat seperti mengurangkan kos sara hidup melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

    Perbincangan yang turut dihadiri Prof Madya Jeniri Amir dari Unimas dan Zaidi Othman dari Universiti Malaysia Sabah itu dipengerusikan oleh wartawan dan pembaca berita Astro AWANI, Hans Yusof. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " BN Dijangka Menang Mudah Di Sabah Dan Sarawak? "