• BN Dijangka Kekalkan Parlimen Baram

    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Parti Progresif Demokratik (PDP) melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan terus menawan kawasan parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan kerjasama parti komponen BN yang lain.

    Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, beliau bersama Ahli Parlimen Baram, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Gerawat Gala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan setiausaha politik ketua menteri bergerak aktif di Baram untuk memahami isu berkaitan keperluan masyarakat.

    "Ya, PDP dengan sokongan daripada parti komponen BN dan dengan jaminan Ketua Menteri, semangat kerja berpasukan dan pasukan baharu dalam PDP, kita mampu mencapainya," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Kawasan Parlimen Baram merangkumi DUN Marudi, Telang Usan dan Mulu selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Anyi menang tipis menentang Roland Engan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 194 undi.

    Anyi mendapat 9,182 undi ke atas Roland (8,988 undi) manakala calon bebas, Patrick Sibat Sujang memperoleh 363 undi.

    Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 pula menyaksikan Datuk Jacob Dungau Sagan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,044 undi mengalahkan calon bebas Kebing Wan.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " BN Dijangka Kekalkan Parlimen Baram "