• BN bantu rakyat tanpa mengira masa

    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+
    BERA – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa membantu rakyat tanpa mengira masa dan tidak seperti pembangkang yang hanya kerap turun padang apabila pilihan raya umum (PRU) bakal diadakan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata ini dapat dilihat pada masa kini bendera-bendera parti pembangkang sudah mula kelihatan dipasang di merata-rata tempat menunjukkan bahang PRU ke-14 semakin terasa.

    “Kalau jauh lagi musim PRU, bendera tidak ada, bantuan pun tidak ada, muka mereka juga tidak kelihatan. Jadi inilah pembangkang, berbeza dengan parti kerajaan… BN tidak menunggu PRU untuk membantu rakyat,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program kursus motivasi ‘Bengkel Khalifah’ dan penyerahan bantuan awal persekolahan 2018 sebanyak RM100 setiap seorang kepada 367 pelajar termasuk pelajar pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera, Bandar 32 di sini, hari ini.

    Ismail yang juga anggota Parlimen Bera berkata kerajaan BN juga tidak pernah mengamalkan sikap ‘memilih bulu’ dalam soal pemberian bantuan kepada rakyat termasuk di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang seperti Parlimen Temerloh.

    “Ini menunjukkan bahawa kerajaan (BN) sentiasa prihatin dengan nasib rakyat dan sentiasa berusaha memberikan keselesaan hidup untuk mereka,” katanya.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " BN bantu rakyat tanpa mengira masa "