• Black Panther Bakal Melakar Sejarah Kutipan Tertinggi

    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+


    Seperti yang dijangkakan, filem keluaran Marvel sekali lagi berjaya memonopoli carta box-office Amerika dan kali ini adalah menerusi filem superhero terbaru mereka iaitu ‘Black Panther’.

    Meskipun telah memasuki minggu kedua penayangan, filem lakonan Chadwick Boseman itu masih kukuh berada dikedudukan teratas carta bersama hasil kutipan sebanyak USD108 juta.

    Dimana untuk minggu kedua, filem itu telah berjaya mengumpul kutipan domestik sebanyak USD400 juta manakala ditahap antarabangsa pula mengutip sebanyak USD704 juta.

    Menurut New York Times, dengan jumlah kutipan seperti itu, filem ‘Black Panther’ berjaya mendapat tempat dalam senarai filem berpendapatan tertinggi sepanjang masa dan sekaligus menjadi filem keempat yang berjaya mengutip USD100 juta pada minggu kedua penayangan.

    Bersama filem ‘Star Wars: The Force Awakens’ (USD149.2 juta), ‘Jurassic World’ (USD106.6 juta) dan ‘The Avengers’ (USD 103.11 juta). Malah, filem ‘Black Panther’ juga dikatakan mampu memasuki senarai filem yang berjaya mengutip keuntungan sebanyak USD1 billion.

    Terutama sekali jika penonton masih menunjukkan minat mereka untuk menonton filem itu di pawagam meskipun sudah lama ditayangkan. Sementara itu, mari saksikan senarai 10 filem yang berjaya menduduki carta box office Amerika Syarikat mengikut Box Office Mojo:

    Black Panther – USD108 juta
    Game Night – USD16.6 juta
    Peter Rabbit – USD12.5 juta
    Annihilation – USD 11 juta
    Fifty Shades of Freed – USD6.9 juta
    Jumanji: Welcome to the Jungle – USD5.6 juta
    The 15:17 to Paris – USD3.6 juta
    The Greatest Showman –USD3.4 juta
    Every Day (2018) – USD3.1 juta
    Early Man – USD1.7 juta


    -utaranews.com

    Subjects:

  • No Comment to " Black Panther Bakal Melakar Sejarah Kutipan Tertinggi "