• Bini Lelong Perabot $1 Dolar Selepas Suami Curang

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 22 February 2018
    A- A+


    SEORANG isteri telah bertindak menjual perabot dalam rumahnya pada harga $1 dolar menerusi eBay selepas mengetahui bahawa bekas suaminya pernah membawa wanita lain ke rumah mereka.

    Wanita yang berasal dari Queensland itu turut mengingatkan pembeli supaya membersihkan dulu perabot berkenaan yang tercemar akibat hubungan sulit bekas suaminya itu.

    “Saya ingin dedahkan bahawa bekas suami saya telah melakukan seks dengan wanita asing yang dikenalinya menerusi media sosial di rumah saya jadi saya ingin menaikkan iklan untuk menjual perabot.

    “Bekas suami saya seorang yang teruk. Dia menjemput orang asing ke rumah saya ketika saya tiada. Dia sepatutnya menjaga anak kami tetapi dia melakukan seks di atas katil kami,’’ katanya yang baru sahaja mendapat gelaran janda.

    Antara barangan yang akan dijual termasuklah sofa berwarna hitam yang dijual pada harga $1 dolar dan sebuah meja makan yang diberikan percuma kepada yang berminat.

    Untuk menambahkan lagi kemarahan bekas suaminya, dia telah menjual barang berkenaan dalam akaun eBay yang dikongsi dengan lelaki tersebut. – MYNEWSHUB.CC


    Subjects:

  • No Comment to " Bini Lelong Perabot $1 Dolar Selepas Suami Curang "