• Bina Cerucuk Kepingan Bagi Atasi Hakisan Di Kampung Tambirat

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 5 February 2018
    A- A+


    KOTA SAMARAHAN: Kerajaan negeri bercadang mempertimbangkan satu strategi jangka panjang bagi menangani masalah hakisan yang dihadapi penduduk Kampung Tambirat di Asajaya, dekat sini dengan membina cerucuk kepingan (sheet piling) bagi menahan hakisan di sepanjang tebing sungai tersebut.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara berkenaan telah pun mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri dan pusat bagi melihat permasalahan berkenaan.

    Menurutnya, ia bukan satu masalah yang baharu kerana ia telah dihadapi lebih 10 tahun lalu.

    “Setakat ini sebanyak enam rumah telah runtuh ke dalam sungai disebabkan hakisan dalam tempoh 10 tahun.” katanya.

    Oleh yang demikian, Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya turut berkata, kawasan-kawasan melibatkan rumah yang berada di kawasan tebing, sama ada air pasang atau surut, kediaman mereka akan terkena hakisan.

    Bagaimanapun, Karim turut mendedahkan masih ada penduduk yang enggan berpindah ke lot kediaman baharu dan tetap tinggal di rumah lama yang diancam hakisan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bina Cerucuk Kepingan Bagi Atasi Hakisan Di Kampung Tambirat "