• Bergaduh Kerana Tandas...

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    Pertengkaran antara penumpang ketika beratur untuk menggunakan tandas menyebabkan sebuah kapal persiaran terpaksa berpatah balik dalam kejadian di Sydney, Australia.

    Berikutan kejadian itu, seorang wanita Russia turut didakwa di mahkamah kerana menyerang seorang lelaki dengan botol wain kosong.

    Kejadian dikatakan berlaku pagi semalam apabila pertengkaran berpunca daripada beberapa penumpang lelaki ketika beratur berhampiran tandas berkenaan.

    “Ketika pergaduhan berlaku, wanita berusia 37 tahun yang juga pasangan kepada salah seorang lelaki didakwa menyerang lelaki berusia 21 tahun di kepala dengan botol wain hingga luka.

    “Pengawal keselamatan kemudiannya meleraikan pertengkaran dan mereka ditahan selepas itu,” kata polis New South Wales.

    Kapal persiaran yang sepatutnya berlayar selama tiga hari di perairan Australia, berpatah balik ke Sydney sebelum enam lelaki dan wanita terbabit diserahkan kepada pihak polis.

    Namun, semua lelaki yang terbabit dalam kejadian itu dibebaskan selepas disoal siasat polis manakala wanita itu didakwa kerana menyebabkan kecederaan.

    Dia bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan dan bakal dihadapkan di mahkamah Sydney pada 9 Mac depan.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bergaduh Kerana Tandas... "