• Bengang Lelaki Tak Terangsang, ‘Geng Kunyit’ Ikat & Campak Mangsa

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+

    Malang menimpa seorang lelaki apabila dia bukan sahaja dirompak oleh ‘geng kunyit’, malah kaki dan tangannya diikat sebelum mangsa ditinggalkan dalam keadaan bogel di tepi jalan di Kemang Timur V, Jakarta, Rabu lalu.

    Mangsa Ongky Muhammad, 20, ditemui di tepi jalan dalam keadaan khayal dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat selepas dipercayai tidak mampu memenuhi permintaan seks tiga lelaki gay.

    Memetik Tribunnews, pegawai polis Jakarta Selatan Mardiaz Kusin Dwihananto berkata, kes tersebut bermotifkan keinginan suspek yang homoseksual dan mahu memperkosa mangsa.

    Katanya, kejadian bermula ketika mangsa yang memerlukan wang memuat naik status di laman Facebook bagi mencari pekerjaan sebelum berkenalan dengan salah seorang suspek yang dikenali sebagai Raden Prambudi di sebuah laman sosial gay di negara itu.

    “Setelah itu, mangsa dan suspek membuat janji temu di suatu tempat dan suspek berusia 32 tahun pergi bersama dua lagi rakannya, iaitu Raden Satria, 22, dan Rizal, 17.

    “(Selepas bertemu) Mangsa mengikut ketiga-tiga suspek menggunakan sebuah kenderaan,” kata Mardiaz memetik portal tersebut.

    Mardiaz menambah suspek yang mempunyai naluri seksual songsang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap Ongky yang sedang mencari pekerjaan supaya boleh melayan nafsu mereka.

    “Awalnya mereka bawa mangsa untuk melakukan hubungan seks. Mangsa diberikan minuman bagi membuatkan dia mabuk.

    “Namun, mangsa tidak terangsang, yang akhirnya menyebabkan ketiga-tiga suspek bosan lalu membuang mangsa di Kemang Timur V,” katanya.

    Difahamkan, mereka mencuri dua buah telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri.

    Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa mangsa didera oleh suspek sehingga mengakibatkan kecederaan, sebaliknya berkata luka yang dialami mangsa adalah akibat dibuang di tepi jalan.

    “Kekerasan yang dialami mangsa hanya kerana suspek membuang mangsa di tengah jalan dalam keadaan telanjang dan terikat,” ujarnya.

    Menurutnya, ketiga-tiga suspek telah ditahan di dua lokasi berbeza iaitu di Depok dan kawasan Ragunan.

    Ketika penangkapan polis menyita beberapa barang bukti seperti tiga buah telefon bimbit, sebuah kereta berwarna silver dan pita pelekat yang digunakan untuk menutup mulut mangsa.

    Ketiga-tiga suspek ditahan reman, dan jika disabit bersalah suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " Bengang Lelaki Tak Terangsang, ‘Geng Kunyit’ Ikat & Campak Mangsa "