• Belah Perut Ibu Mengandung Untuk Culik Bayi

    Published: Saturday, 3 February 2018
    A- A+

    SEORANG lelaki tidak dapat menahan air matanya apabila seorang wanita mengaku membunuh pasangannya untuk menculik bayi yang dikandung.

    Perbuatan kejam itu dilakukan oleh Brooke Crews,38, yang dikaitkan dengan konspirasi penculikan.

    Mangsa, Savanna Greywind bekerja di pejabat undang-undang dilaporkan hilang ketika sedang mengandung lapan bulan.

    Perutnya dibelah dan bayinya dilarikan.

    Dia meninggal dunia selepas itu kerana pendarahan teruk. Mayatnya ditemui di sebuah sungai.

    Bagaimana pun bayi yang dilarikan itu selamat dan ditemui di sebuah apartment suspek yang dikongsi dengan teman lelakinya berusia 32 tahun, William Hoehn.

    Bayi itu, Haisley Jo kini di bawah jagaan bapanya, Ashton Matheny.

    Haisley Jo yang kini berusia lebih kurang enam bulan turut hadir di mahkamah bersama bapanya.

    Crews dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.-mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Belah Perut Ibu Mengandung Untuk Culik Bayi "