• Bekas Miss England Letak Jawatan Askar Kerana Dibuli

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 20 February 2018
    A- A+


    BEKAS ratu cantik Miss England yang digelar ‘Combat Barbie’ ketika menyertai pasukan tentera, terpaksa meletak jawatan selepas tidak tahan dengan rakan sepasukan lelaki yang membulinya dan bersikap seksis.

    Katrina yang kini berusia 30 tahun, telah menyertai pasukan tentera sejak usia 17 tahun dan telah berkhidmat selama 12 tahun sebelum memutuskan untuk meletak jawatan.

    Dia digelar sebagai ‘Combat Barbie’ kerana berjaya menyelamatkan nyawa lima anggota tentera ketika bertugas selama lima bulan di Iraq pada usia 18 tahun.

    Ketika itu, mereka telah bertembung dengan sepasukan lelaki yang menyamar sebagai orang biasa. Namun nasib baik Katrina menyedari ada sesuatu yang tidak kena lalu dia menumbuk salah seorang lelaki yang ditemui itu.

    Naluri Katrina memang betul kerana senjata jatuh dari lelaki itu, sekali gus menjelaskan bahawa mereka merupakan pejuang pasukan pemberontak di Iraq.

    Bagaimanapun tanpa disangka Katrina, rakan lelaki dalam pasukannya tidak senang dengan pujian yang diterima oleh Katrina atas keberaniannya itu.

    Mereka menggelarnya dengan pelbagai gelaran marah botol minuman coke dibaling ke atas kepalanya ketika dia makan di kantin. Dia juga digelar sebagai `jalang’ dan gelaran buruk yang lain.

    Katrina merupakan sebahagian daripada anggota tentera wanita di Royal Anglian Regiment. Bukan itu sahaja, surat berantai turut ditulis terhadap Katrina kononnya dia berlagak diva.

    Dia yang kini menetap di Brighton mendakwa ketuanya menyedari akan buli berkenaan namun mereka gagal menghalang perkara itu daripada berlaku.

    “Ia merupakan 12 tahun yang menyiksakan pada saya dan saya tidak akan bertahan lagi. Ia tidak boleh diterima apabila wanita dipandang begitu rendah,’’ katanya.

    Katrina memenangi pertandingan Miss England dan menjadikan ia sebagai medium untuk menarik kaum wanita menyertai angkatan tentera sebelum ini.

    Bagaimanapun kemenangan Katrina itu menambahkan lagi ganguan seksual terhadapnya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Miss England Letak Jawatan Askar Kerana Dibuli "