• Bekas Ahli Kumpulan Innuendo Tampil Beri Keterangan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+
    Foto Kosmo
    PETALING JAYA - Bekas ahli kumpulan Innuendo, Saiful Amir Abd. Wahab atau lebih dikenali sebagai Pot Amir dipanggil untuk membantu siasatan di Balai Polis Mutiara Damansara di sini hari ini.

    Pot Amir hadir bersama empat orang peguamnya kira-kira pukul 10.30 pagi berikutan dipanggil pihak polis sejak Sabtu lalu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan Datuk Farid Kamil Zahari.

    Mohamad Ashmeer Ashroff Raja yang mewakili Pot Amir berkata, kehadiran anak guamnya bertujuan untuk memberikan keterangan kepada pihak polis.

    "Pot Amir sudah memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung laporan polis yang dibuat oleh Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

    "Namun buat masa ini tiada tindakan susulan daripada pihak polis dan sekiranya dipanggil semula kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya ketika ditemui di Balai Polis Mutiara Damansara di sini hari ini.

    Kosmo! pada 5 Februari lalu melaporkan, pelakon dan pengarah sensasi, Farid Kamil mendakwa dirinya dianiaya rakan artis yang meletakkan dadah dalam minumannya sehingga menyebabkan dia bertindak ganas dan menimbulkan kekacauan di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

    Perkara berkenaan didedahkan oleh Farid Kamil dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 31 Januari lalu. - Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " Bekas Ahli Kumpulan Innuendo Tampil Beri Keterangan "