• Beg Sekolah Disangka Mengandungi Bom

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    KUALA KANGSAR: Orang ramai di sekitar Jalan Raja Chulan di sini gempar apabila menemukan sebuah beg mencurigakan disyaki mengandungi bom.

    Beg sekolah berwarna hitam yang diletakkan di tepi tiang di hadapan sebuah bank di sini itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam.

    Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.30 petang sebelum Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dihantar ke lokasi kejadian.

    Katanya, pasukan UPB terpaksa meletupkan beg itu dan pemeriksaan lanjut mendapati beg tersebut tidak mengandungi sebarang bahan letupan.

    "Beg sekolah itu hanya mengandungi beberapa helai pakaian dan tiada unsur bahan letupan.

    "Kita sedang mengenal pasti pemilik beg tersebut dan tujuan meletakkannya di kawasan itu. Setakat ini pihak polis juga tidak pernah menerima apa-apa ugutan," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Beg Sekolah Disangka Mengandungi Bom "