• Bayi Terberat Australia 6.3kg

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 19 February 2018
    A- A+

    QUEENSLAND, Australia – Seorang wanita dilaporkan melahirkan bayi lelaki paling berat di Australia dengan catatan seberat 6.3 kilogram (kg) di Hospital Sunshine di sini baru-baru ini.

    Teu Ala melahirkan bayinya, Maoama yang dikatakan mempunyai saiz dua kali ganda berbanding bayi normal iaitu berat purata 3.5kg menerusi kaedah pembedahan Caesarean.

    “Saya menangis dan bergembira kerana bukan disebabkan saiznya tetapi kerana dia dilahirkan dalam keadaan sihat,” kata ibu kepada empat anak itu kepada stesen televisyen 9 News.

    Maoama yang dilaporkan berada dalam keadaan sihat terpaksa memakai pakaian bayi berumur enam bulan disebabkan saiz fizikalnya.

    “Kami agak terkejut menyambutnya ketika kelahiran. Saiznya luar carta,” kata pakar obstetrik hospital itu, Lauren De Luca kepada pemberita. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Terberat Australia 6.3kg "