• Bapa rayu kurangkan hukuman bersabit 623 jenayah seksual terhadap anak

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 February 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Seorang bapa yang dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan kerana melakukan 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun menfailkan rayuan bagi mengurangkan hukuman penjara itu.

    Rayuan lelaki berusia 37 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai ejen unit amanah itu akan didengar pada 23 April depan di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini.

    Penolong Kanan Pendaftar, Nur Ain Mustapa menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes tersebut di hadapannya hari ini dengan dihadiri lelaki itu yang merupakan perayu manakala pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin.

    Aimi Syazwani memberitahu pemberita mahkamah memerintahkan perayu melantik peguam untuk mewakilinya dan memintanya memohon bantuan pihak penjara bagi melantik peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

    “Mahkamah memberitahu perayu sekiranya dia gagal melantik peguam pada tarikh perbicaraan rayuan, dia perlu mewakili kesnya sendiri,” kata Aimi Syazwani sambil menambah lelaki itu menfailkan rayuannya pada Oktober tahun lepas, iaitu sebulan selepas dijatuhkan hukuman. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Bapa rayu kurangkan hukuman bersabit 623 jenayah seksual terhadap anak "