• Banyak Bantuan Disedia TBS Untuk Mualaf, Aziz Isa Yang Tidak Tahu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 28 February 2018
    A- A+

    Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa memang diketahui sebagai individu yang gemar menyerang institusi agama di negeri ini terutama terutama menjelang pilihan raya.

    Setiap kali pilihan raya, Aziz pasti akan mengeluarkan posting tanpa usul periksa yang menghentam institusi agama di Sarawak.

    Terbaru, Aziz mempersoalkan bantuan yang diberikan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) untuk golongan mualaf di Sarawak.

    "Apa bantuan Tabung Baitulmal Sarawak untuk golongan mualaf di Sarawak? Kelak mun mualaf keluar Islam, jangan mula buat kecoh ya," kata Aziz ketika membuat posting dalam Facebook peribadinya.

    Aziz sepatutnya membuat kajian atau bertanya kepada TBS terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur hasutan.

    TBS sebenarnya menyediakan banyak bantuan kepada golongan mualaf terutama menerusi Lembaga Amanah Kebajikan Al-Hidayah, Urusetia Saudara Kita, MACMA dan HIKMAH.

    Bantuan yang diberikan bukan sahaja melibatkan kewangan tetapi peruntukan untuk penganjuran program dakwah setiap tahun.

    Setiap golongan mualaf sebenarnya boleh berhubung terus dengan organisasi tersebut.

    Aziz sepatutnya mengetahui akibat seorang invidu murtad bukannya disebabkan tiada bantuan diberikan sebaliknya kerana akidah tidak kukuh.

    Bantuan setinggi gunung sekalipun tetap tidak mencukupi jika iman seseorang masih longgar.-Sarawakiana


  • No Comment to " Banyak Bantuan Disedia TBS Untuk Mualaf, Aziz Isa Yang Tidak Tahu "