• Banteras Judi Habis-habisan, Polis Sarawak Tahan 160 Tahi Judi

    Published: Monday, 12 February 2018
    A- A+


    KUCHING: Polis Sarawak giat menggempur sarang-sarang serta premis-premis yang menjalankan aktiviti perjudian haram dalam usaha membanteras kegiatan judi haram secara habis-habisan di negeri ini

    Dalam serbuan yang dijalankan sepanjang minggu lalu, seramai 160 kaki judi dan operator judi haram tahan dalam 97 serbuan yang telah dijalankan sekitar negeri ini.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, serbuan melibatkan 59 jualan loteri haram, 25 judi siber, lapan berjudi dalam premis perjudian dan lima judi di tempat awam.

    Menurutnya, operasi berkenaan telah dijalankan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Daerah.

    “Jumlah serbuan paling tinggi dilakukan di Miri iaitu sebanyak 35 serbuan diikuti Kuching (10), Betong (9), Padawan (7), Sibu, Bintulu (4), Miri, Bau, Saratok (3), Serian, Simunjan, Limbang, Kapit, Sri Aman(2) manakala Mukah, Matu Daro, Marudi, Maradong, Tatau, Lundu, Kanowit, Lawas masing-masing satu serbuan dijalankan..

    "Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 61 tahun dan daripada tangkapan yang dilakukan ia adalah merupakan tangkapan terbesar sepanjang tempoh seminggu telah direkodkan setakat ini.”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Tambah Dev, pihaknya turut berjaya merampas pelbagai peralatan perjudian serta wang tunai berjumlah RM45,649 dipercayai hasil kegiatan judi haram tersebut.

    Kes kini disiasat mengikut Akta Perjudian Rumah Terbuka 1953.-Sarawakiana
  • No Comment to " Banteras Judi Habis-habisan, Polis Sarawak Tahan 160 Tahi Judi "