• Banteras hadis palsu dalam media sosial - TPM

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 15 February 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengarahkan supaya usaha membanteras hadis palsu (hadith maudu') tidak hanya tertumpu pada penerbitan bercetak sahaja, sebaliknya perlu dibuat secara menyeluruh merangkumi pelbagai medium lain termasuk media sosial.

    Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al- Quran (PQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau semua medium penerbitan bagi mengesan aktiviti penyebaran hadis palsu berkenaan.

    Beliau berkata, penerbitan bercetak mudah dipantau kerana setiap buku yang diterbitkan harus ada permit dan pastinya mudah ditarik balik dari pasaran.


    "Apa yang paling sukar adalah penceramah yang sebelum ini seorang pemain gitar utama sebuah kumpulan rock. Ya, memang ceramah dia merujuk kepada sumber hukum, tetapi tafsirannya berbeza.

    "Dia mempunyai pengikut ramai dan pengikutnya taksub. Ini menyebabkan berlakunya amalan yang salah," katanya ketika memberi contoh pemalsuan yang berlaku, ketika berucap pada Majlis Pelancaran Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith & Wacana Kawal Selia Hadith Siri II, di sini hari ini.

    Ahmad Zahid berkata, individu berkenaan harus sedar bahawa bahan-bahan sumber hukum, tidak boleh ditafsir mengikut tafsiran sendiri.

    Katanya, penceramah secara fizikal boleh ditegur dan mungkin tauliahnya boleh ditarik oleh pihak berkuasa.

    "Apabila hadis palsu diberi tafsiran salah dan dicampur lawak jenaka, daya tarikannya menjadi luar biasa, ia sekali gus merosakkan imej Islam dan memecahkan umat Islam," katanya.

    Terdahulu, Ahmad Zahid melancarkan Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith bertujuan mengawal selia penulisan hadis di dalam penerbitan khususnya mengekang hadis palsu.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Banteras hadis palsu dalam media sosial - TPM "