• Bank Dunia Bantu Malaysia Capai Status Pendapatan Tinggi

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Bank Dunia memberi jaminan untuk membantu Malaysia meneruskan agenda pembaharuan pendidikan, sekali gus meneruskan usaha negara bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi pada masa depan.

    Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Faris Hadad-Zervos, berkata Malaysia menyedari keperluan untuk meningkatkan hasil pendidikan dan menghapuskan setiap kekangan yang boleh menghalang produktiviti negara.

    "Pendekatan yang diambil Malaysia dalam meningkatkan keberhasilan pendidikan adalah satu usaha yang kreatif dan berkesan untuk menangani cabaran masa ini merangkumi pelbagai aspek termasuk pendidikan."

    "Pengetahuan dan penyelidikan adalah penting. Ia sememangnya menjadi tumpuan dan komitmen utama bagi Kumpulan Bank Dunia untuk mengurangkan kemiskinan melampau selain menggalakkan kemakmuran di seluruh dunia," kata pada pelancaran Peningkatan Prestasi Sektor Pendidikan di Malaysia: Menerusi Pendekatan Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), di sini, hari ini.

    Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (Dasar Pendidikan dan Pembangunan), Datuk Sulaiman Wak dan Ketua Pegawai Eksekutif PADU, Khadijah Abdullah. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Bank Dunia Bantu Malaysia Capai Status Pendapatan Tinggi "