• Banjir Terburuk 4 Kampung Di Simunjan Sejak 2011

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 4 February 2018
    A- A+

    SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris hari ini meluangkan masa melawat mangsa banjir di empat kampung melibatkan Kampung Rangawan, Kampung Sungai Putin, Kampung Rangkang dan Kampung Terasi.

    Beliau berkata, banjir tersebut adalah paling buruk sejak tahun 2011.

    Menurutnya, banjir di kawasan tersebut berlaku selepas hujan berterusan selama tiga hari dan fenomena air pasang besar.

    "Penduduk risau keadaan akan lebih teruk jika benteng di Kampung Rangkang pecah akibat air deras berikutan fenomena air pasang besar dan hujan masih berlarutan," katanya.

    Awla menjelasnkan, sebanyak 74 keluarga melibatkan 449 mangsa telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin.

    "Buat masa ini bekalan makanan mencukupi begitu juga dengan keperluan yang lain," ujarnya.

    Beliau menasihati penduduk yang tinggal di kawasan rendah untuk lebih berjaga-jaga dan menyimpan dokumen penting di tempat selamat.-Sarawakiana

  • No Comment to " Banjir Terburuk 4 Kampung Di Simunjan Sejak 2011 "