• Banjir musnahkan prasarana, ganggu PdP sekolah

    Reporter: Yusz Man
    Published: Sunday, 11 February 2018
    A- A+


    TATAU - Banjir kali ketiga dalam tempoh tiga bulan memusnahkan prasarana serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebuah sekolah rendah yang terletak di tebing Sungai Tatau, di sini.

    Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rumah Keseng Tatau, Anthony Upon berkata, sekolah tersebut mengalami banjir kali pertama pada penghujung Disember, kali kedua pada awal Januari dan kali ketiga awal minggu ini.

    "Kejadian terbaharu ini menyaksikan air naik hampir tiga meter memenuhi kawasan sekolah. Peralatan sekolah seperti kerusi, meja musnah menyaksikan proses PdP tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Banjir dengan ketinggian air bukan sahaja membawa kerosakan, saya rasa buaya pun sudah boleh masuk dalam kawasan sekolah," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut hari ini.

    Tinjauan Bernama di sekolah yang terletak kira-kira sejam perjalanan menaiki bot dari Pekan Tatau mendapati kawasan sekolah seperti padang sekolah, bilik darjah dan bilik guru masih digenangi air berikutan limpahan air dari Sungai Tatau.

    Anthony berkata, berikutan kejadian banjir terbaharu itu, pihaknya mengarahkan 145 murid prasekolah hingga Tahun Enam untuk pulang ke rumah masing-masing demi keselamatan mereka sejak Rabu. - Bernama
  • No Comment to " Banjir musnahkan prasarana, ganggu PdP sekolah "