• Banjir Di Sarawak Semakin Pulih, 4,444 Mangsa Masih Di PPS

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 February 2018
    A- A+


    KUCHING: Walaupun keadaan banjir di Sarawak semakin pulih namun seramai 4,444 mangsa masih ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh bahagian di Kota Samarahan, Serian, Sibu, Mukah, Sarikei, Bintulu dan Limbang.

    Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) setakat jam 8 pagi tadi melaporkan bahawa kesemua mangsa dari 1,383 keluarga yang ditempatkan di 24 PPS di negeri ini melibatkan seramai 106 mangsa di Kota Samarahan, Serian (1,201), Sibu (1,175), Mukah (100),106 mangsa di Kota Samarahan, Serian (1,201), Sibu (1,175), Mukah (100), Bintulu (1,532), Limbang (322) dan Sarikei (8), Bintulu (1,532), dan Limbang (322).

    Sementara itu, sebanyak 22 klinik kesihatan turut terjejas lapan diantaranya tidak beroperasi manakala yang selebihnya beroperasi seperti biasa.

    Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak JPS telah memaklumkan lima sungai di kawasan Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang mencatat paras air pada tahap bahaya.

    Lima kawasan di Kota Samarahan, Sibu, Mukah dan Miri pula mencatat bacaan paras air pada tahap amaran manakala lapan kawasan di Serian, Sri Aman dan Bintulu pula pada paras waspada.-Sarawakiana
  • No Comment to " Banjir Di Sarawak Semakin Pulih, 4,444 Mangsa Masih Di PPS "