• Banjir Di Sarawak Semakin Buruk, 1,419 Keluarga Berpindah

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+


    KUCHING: Setakat jam 8 pagi tadi seramai 4,887 mangsa terjejas banjir dari 1,419 keluarga di negeri ini telah dipindahkan ke 31 pusat pemindahan ekoran keadaan banjir yang semakin buruk.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kesemua 31 pusat pemindahan sementara dibuka di tujuh bahagian terjejas adalah di Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

    “Setakat pagi ini Kota Samarahan mencatatkan jumlah mangsa terjejas yang paling tinggi iaitu seramai 1,857, diikuti Serian (1,564), Bintulu (504), Sibu (388), Mukah (271), Limbang (271) dan Sri Aman (32).” katanya.

    Sementara itu, sebanyak 43 buah sekolah terpaksa ditutup akibat banjir manakala 11 buah sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan.-Sarawakiana


  • No Comment to " Banjir Di Sarawak Semakin Buruk, 1,419 Keluarga Berpindah "