• Bangunan KWSP Terbakar

    Published: Tuesday, 13 February 2018
    A- A+

    PETALING JAYA: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

    Sehingga kini, asap tebal serta api kelihatan dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

    Pada masa ini, kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

    Tiada maklumat lanjut mengenai punca kebakaran dan sehingga kini juga belum ada lagi laporan jika terdapat mangsa yang tercedera atau terperangkap akibat kebakaran itu. - BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Bangunan KWSP Terbakar "