• Bangga Bergelar Lelaki Paling Berbulu Di Dunia

    Published: Thursday, 8 February 2018
    A- A+

    DARI kepala hingga kaki lelaki ini dipenuhi bulu dan ia bukan lagi sesuatu yang pelik atau digeruni, sebaliknya membanggakan kerana dia kini bergelar "lelaki paling berbulu di dunia".

    Malahan, pengalaman dibuli dan diejek orang ramai bukan lagi masalah bagi Larry Gomes yang menghidap Hypertrichosis sejak lahir lagi.

    Beradal dari San Bernardino, California, dia digelar 'Lelaki Serigala' kerana 98 peratus badannya termasuk wjah ditumbuhi bulu.

    Masalah genetik yang turut dialami ahli keluarganya menyebabkan Larry sering dibuli ketika zaman kanak-kanaknya.

    Penyakit yang dialami kurang 100 orang di seluruh dunia, 'Lelaki Serigala' yang nama sebenarnya adalah Victor itu kini dapat membiasakan dirinya dengan keadaannya selepas mendapat gelaran "lelaki paling berbulu di dunia'.

    Tambah menarik lagi apabila dia tampil lebih yakin hingga menemui cinta dan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Alicia Martinez yang dikenalinya pada 2011.

    Penerbit filem, Travis Hoefle yang mengendalikan Saluran YouTube 'Wizard of Odd TV' terbang dari Chicago untuk menemui Larry.

    "Larry mempunyai tiga ahli keluarga yang menghidap penyakit sama dan ia warisan sejak lima generasi," katanya.

    Bagi memastikan dia tampil kemas, Larry akan mendandan bulu pada wajahnya sekali sebulan.- mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Bangga Bergelar Lelaki Paling Berbulu Di Dunia "