• Bandar Kuching Perlu Ada Ahli Parlimen Baharu, Bukan YB 'Tengok Sahaja'

    Published: Monday, 26 February 2018
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, sudah tiba masanya Bandar Kuching mempunyai ahli parlimen baharu yang lebih memahami denyut nadi rakyat.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau berkata, pengundi di parlimen Bandar Kuching perlu menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk menjadikan Sarawak lebih baik.

    Menurutnya, sekarang masanya untuk menukar ahli parlimen yang berkhidmat terlalu lama.

    "YB ini berkhidmat (di Bandar Kuching) terlalu lama dan sekarang sudah menjadi jutawan. Gabungan pendapatan bulanan beliau sebagai ahli parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) lebih kurang RM50,000 sebulan dan pendapatan tahunan RM600,000.

    "Dalam tempoh lima tahun, beliau menjana pendapatan RM3 juta," katanya.

    Dr Sim turut menggesa pengundi di Bandar Kuching melakukan perubahan dengan mengundi BN.

    "Ini masanya untuk menukar YB 'tengok sahaja'," ujarnya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Bandar Kuching Perlu Ada Ahli Parlimen Baharu, Bukan YB 'Tengok Sahaja' "