• Bahagian Kedua Manifesto PH Sarawak Diserahkan Minggu Depan

    Published: Wednesday, 7 February 2018
    A- A+

    KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata bahagian kedua manifesto Pakatan Harapan (PH) Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diserahkan kepada kerajaan negeri minggu depan.

    Menurutnya, bahagian kedua manifesto tersebut merupakan perjanjian baharu pihaknya dengan kerajaan negeri jika PH membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU14.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Chong memberitahu, antara kandungan manifesto tersebut adalah pemberian 20 peratus royalti minyak dan gas kepada negeri ini, pulangan sebanyak 50 peratus daripada semua cukai yang dikutip kerajaan dari Sarawak dan autonomi penuh negeri ini terhadap pendidikan dan penjagaan kesihatan.

    “Kami akan menyerahkan bahagian kedua manifesto PRU14 yang akan ditandatangani oleh kami kepada kerajaan negeri mungkin minggu depan.

    “Perjanjian dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak ini adalah perjanjian baharu kami untuk Sarawak jika PH membentuk kerajaan persekutuan,” katanya di sini, semalam. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Bahagian Kedua Manifesto PH Sarawak Diserahkan Minggu Depan "