• Bagi Ang Pau RM350, Rakan Gelar Sahabat "Tahi Hidung Masin"

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Friday, 23 February 2018
    A- A+


    TAIWAN: Menurut tradisi perkahwinan masyarakat Cina, setiap yang hadir ke majlis perkahwinan perlu memberikan 'bungkusan merah' Ang Pau kepada keluarga si pengantin sebagai tanda keberkatan.

    Semakin banyak jumlah wang yang diberikan, semakin tinggi nilai persahabatan dan kekeluargaan yang ditunjukkan.

    Pada kebiasaannya Ang Pau yang diberikan perlu sekurang-kurangnya sama nilai dengan harga hidangan untuk setiap kepala.

    Namun begitu lain ceritanya buat, Leow, 30 tahun, yang telah memberikan Ang Pau sebanyak RM348 ketika menghadiri majlis perkahwinan anak rakannya, Lee yang menyebabkan lelaki itu berang.

    Majlis makan malam itu telah diadakan di tempat kelas tertinggi di Taoyuan, Taiwan di mana satu set hidangan bernilai sekitar RM2,681. Ini bermakna setiap hadirin yang datang ke majlis ini perlu memberikan sekurang-kurangnya RM500 dan ke atas.

    Lee yang hanya berniat ingin bergurau telah mengejek Leow sebagai “lelaki tahi hidung masin” di dalam “group chat”. Leow yang berasa tidak puas hati telah memperbesarkan isu ini hingga ke mahkamah dan memfailkan tuntutan fitnah terhadap rakannya itu.

    Demi menyelamatkan ikatan persahabatan dua sahabat, Leow dinasihati supaya menggugurkan kes itu, tetapi tidak dihiraukannya . “Air pun tidak mampu memadam api yang sedang marak”, begitulah Leow saat ini.

    Di mahkamah, dia berusaha membela dirinya dengan mengatakan dia tidak lagi mempunyai sumber kewangan yang mencukupi sejak bersara sehingga terpaksa mengikat perut demi menjalani kehidupan sehariannya yang terdesak.

    Hanya kerana Ang Pau, persahabatan murni yang sudah terjalin sejak 30 tahun lalu, akhirnya berpecah-belah. Jika anda berada di tempat mereka, tidakkah pernah terlintas di fikiran anda akan saat-saat susah senang anda bersama bertahun lamanya? Renungkanlah.. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Bagi Ang Pau RM350, Rakan Gelar Sahabat "Tahi Hidung Masin" "