• Bagaimana Galaxy s9, S9 Plus Dikatakan Lebih Canggih Berbanding iPhone X?

    Published: Wednesday, 14 February 2018
    A- A+


    GERGASI telefon pintar Korea Selatan, Samsung, bakal memperkenalkan peranti pertama mereka yang mempunyai pembesar suara stereo dan fungsi emoji tiga dimensi (3D) menerusi model Galaxy S9 dan S9 Plus.

    Menurut laporan ETNews, emoji 3D Samsung dikhabarkan jauh lebih canggih berbanding Animoji keluaran Apple untuk iPhone X.

    Namun, ia mempunyai ciri yang hampir serupa yang mana karakter 3D akan menjejak pergerakan ekspresi wajah pengguna sebelum menjadikannya sebagai emoji.

    Malah ia turut menampilkan emoji pelbagai karakter haiwan yang boleh dikongsi dengan pengguna lain.

    Pengenalan ciri baharu ini merupakan kesinambungan kepada apa yang diumumkan oleh Samsung awal tahun ini mengenai cip Exynos yang berupaya menjejak wajah secara realistik dan sistem keselamatan yang lebih kukuh menerusi pengecaman wajah.

    Sebelum Samsung, telefon Honor turut memperkenalkan ciri animoji seperti keluaran Apple.

    Selain emoji 3D, S9 juga menawarkan pembesar suara stereo yang diletakkan di bahagian atas dan bawah peranti berkenaan.

    Malah, sistem bunyi itu juga menampilkan teknologi Dolby Surround dari syarikat AKG yang kini dimiliki oleh Samsung.

    Kebocoran produk sebelum ini telah menunjukkan satu pengimbas cap jari yang direka semula terletak di bawah kamera, penambahbaikan kamera, Samsung DeX Pad yang baharu.

    Dua model itu akan diperkenalkan pada 25 Februari ini di Kongress Telefon Bimbit Dunia di Barcelona.

    Menurut ETNews lagi, Galaxy S9 dijual pada harga antara KRW925,000 (RM3,354) hingga KRW1,000,000 (RM3,629), sedikit mahal berbanding dengan model Galaxy S8 yang ditawarkan pada harga bermula A$720(RM2,831). -TheVerge

    Subjects:

  • No Comment to " Bagaimana Galaxy s9, S9 Plus Dikatakan Lebih Canggih Berbanding iPhone X? "